Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.59 petang itu.
Lelaki berusia lewat 30-an yang memandu sopir Hyundai Matrix berwarna merah diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota dari JSJ Bukit Aman.
BACA JUGA:Iri Bilang Boss, Suporter Malaysia Koar-Koar Sebut AFF Piala Ciki Hingga Senggol Pemain Naturalisasi
Beliau berkata penjahat ini melepaskan 5 tembakan dengan dua daripadanya terkena kenderaan polisi.
"Suspek yang berasal dari sebuah negara di Benua Afrika itu ditembak mati di tempat kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
"Kita juga menemukan sepucuk pistol jenis revolver yang digunakan penjenayah terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam ini.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya sudah lama menjejaki kumpulan tersebut yang aktif sejak 2018, kerana terbabit dalam 45 kes melibatkan kerugian kira-kira RM8 juta dari 2018 hingga tahun ini.
BACA JUGA:Iri Bilang Boss, Suporter Malaysia Koar-Koar Sebut AFF Piala Ciki Hingga Senggol Pemain Naturalisasi
Beliau berkata modus operandi kumpulan tersebut antaranya menawarkan transaksi seperti menjual barang kemas, pertukaran mata wang asing atau beberapa pelaburan lain di media sosial kepada mangsa.
"Penjenayah ini akan berjumpa mangsa contohnya di hotel untuk transaksi pertama dan mengarahkan mangsa untuk naik kereta bersama, sebelum ahli kumpulan itu menyerang mangsa di jalan raya," katanya.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya sedang menjejaki kira-kira 10 lagi ahli kumpulan terbabit yang dipercayai masih berada di Kuala Lumpur dan Selangor.
BACA JUGA:Iri Bilang Boss, Suporter Malaysia Koar-Koar Sebut AFF Piala Ciki Hingga Senggol Pemain Naturalisasi
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan seorang lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.